31.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 30, 2023

UMNO mesti dominan atau ‘no deal’ – Shahril

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, parti itu mesti menjadi dominan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, jika mana-mana pihak tidak menerima hakikat itu maka berakhirlah parti Melayu dan Islam terbesar tersebut.

‘’UMNO mesti dominan. Apa maksud terjemahan dominasi dan apa strategi ke arah itu khususnya dalam konteks PRU-15 – pimpinan akan bincang dan tetapkan,’’ katanya melalui catatan dalam Facebook beliau hari ini.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Ada figura mengatakan bahawa tidak timbul parti mana dominan dalam gabungan politik parti Melayu.

Mudah bercakap tidak timbul isu dominan apabila parti anda yang pegang dua Perdana Menteri meskipun bilangan kerusi kecil.

Bagi UMNO, jelas, apapun formula akhir menjelang PRU15, UMNO mesti dominan. Jika tidak terima hakikat itu, “game over” dan “no deal”. UMNO sempurna? Tidak, UMNO dah selesai semua isu? Tidak.

UMNO dah boleh mendabik dada bahawa rakyat atas pagar pasti sokong kami? Belum. Banyak lagi kerja dan pendekatan yang perlu dibuat.

Baca juga:   Jangan muat naik, kongsi kandungan babitkan 3R - SKMM
SHAHRIL HAMDAN

UMNO perasan boleh menang pilihanraya hanya dengan sokongan ahli? Tidak. UMNO angkuh bahawa tak perlu orang lain? Tidak.

UMNO menafikan dinamika politik memerlukan pertimbangan formula-formula luar kelaziman seperti yang berlaku hari ini? Tidak.

Tapi tiada pimpinan UMNO atau orang UMNO akan boleh terima kedudukan second fiddle lama. Waima yang propenyatuan, yang propengharmonian antara parti pun — selagi dia orang UMNO, selagi itu ada garis merah yang tidak akan dikompromi.

Baca juga:   Menang emas Piala Dunia: Pandelela anggap satu keajaiban

Ini parti yang ada kekuatan asas paling besar di Malaysia. Kekuatan ini bukan datang dari mana-mana individu semata-mata, tetapi dari institusi itu sendiri.

Sesiapa yang menafikan perkara ini, bab kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menafikan hakikat politik.

Jadi, meskipun kita hormat YAB Perdana Menteri dan institusinya, meskipun kita membantu dalam kerajaan hari ini, isu dominan akan timbul, tetap timbul dan tiada istilah apologetik dalam hal ini.

UMNO mesti dominan. Apa maksud terjemahan dominasi dan apa strategi ke arah itu khususnya dalam konteks PRU15 – pimpinan akan bincang dan tetapkan, selain apa dinyatakan sebelum ini misalnya kerusi yang dimenangi UMNO kekal UMNO.

Seperkara lagi, jika ada pihak luar UMNO yang berkehendakkan kerjasama yang realistik, selain menerima hakikat tertentu, barangkali boleh hentikan kenyataan-kenyataan yang menyusahkan diri sendiri.

Baca juga:   TMJ terima menghadap Menteri Pendidikan, deligasi KPM

Contoh, jika mahu mengulas soal dapat dua Perdana Menteri meskipun setahun jagung, mungkin ucapkan Alhamdulillah dan terima kasih kepada kawan, bukan mendabik dada menyakat orang.

Wartawan

Terkini

Malaysia-Singapura bincang kerjasama dua hala

HUBUNGAN dan kerjasama dua hala antara Malaysia dengan Singapura, antara yang dibincangkan pada pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Lagi Artikel Berkaitan