Monday, June 15, 2026

Bilal bakal dapat adik, Neelofa sah hamil

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERSOALAN mengenai kehamilan seleberiti terkenal, Neelofa akhirnya terjawab apabila pelakon dan pengacara itu mengesahkan dirinya kini berbadan dua.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor berkongsi khabar gembira itu selepas bercerita mengenai cabaran yang dihadapinya ketika menunaikan ibadah umrah bersama keluarga baru-baru ini.

“Ya, pertengahan jalan (kandungan). Jadi faham-fahamlah. Orang pun sudah nampakkan? (perut saya). Ramai yang mendoakan saya sihat dan selamat.

“Banyak juga yang menghantar mesej langsung, ucap yang baik-baik, jadi syukur Alhamdulillah,” katanya hari ini.

Kehamilan Neelofa menjadi teka-teki selepas tular video di media sosial yang memaparkan perubahan di bahagian perutnya seakan-akan mengandung (baby bump).

Menerusi video itu memaparkan bekas pemenang Dewi Remaja 2009/2010 itu memegang perutnya yang sedikit membesar sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Bilal pada 29 Januari lalu.

Neelofa mendirikan rumah tangga bersama pendakwah, Muhammad Haris Ismail pada 27 Mac 2021. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan