30.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Neelofa selamat lahirkan putera kedua

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PASANGAN selebriti Neelofa dan PU Riz dikurniakan cahaya mata kedua selepas usahawan serta pengacara popular itu selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 10.45 malam, 11 Julai lalu.

Berita gembira itu dikongsikan pasangan terbabit dalam satu hantaran di Instagram Story, hari ini.

“Assalamualaikum. Alhamdulillahi rabbil Alamin. Tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami. Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat.

“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa,”kata pasangan itu.

Advertisements

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, memohon doa agar anak kedua mereka membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang.

“Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya. Insya-Allah,”katanya.

Bagaimanapun, dalam hantaran lain, Neelofa dijangka akan memaklumkan nama bayinya pada hari ketujuh kelahiran.

Pasangan berkenaan sebelum ini dikurniakan putera sulung mereka, Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan