28.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 22, 2024

Terengganu lepaskan Pusic

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TERENGGANU FC mengambil langkah bijak melepaskan pemain import dari Crotia, Domagoj Pusic susulan prestasi kurang memuaskan yang dipamerkan musim ini.

Menyertai Sang Penyu pada Januari lalu, Pusic telah melakukan 14 penampilan dalam semua kejohanan dan hanya merekodkan satu bantuan gol.

“Pemain tengah Terengganu, Pusic secara rasminya dilepaskan oleh kelab pada hari ini. 

“Pihak kelab ingin mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan bersama kelab dan selamat maju jaya bersama pasukan yang baru,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Advertisements

Untuk rekod, Pusic membuat 13 penampilan di Liga Super dan aksi terakhirnya bersama Terengganu adalah ketika seri 3-3 menetang Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium KLFA, Cheras minggu lalu.

Terengganu kini berada di tangga keenam Liga Super selepas mengutip 24 mata daripada 16 perlawanan dengan merekodkan tujuh kemenangan, tiga seri dan enam kekalahan.

Pada jendela perpindahan yang baharu dibuka bulan ini, skuad kendalian Tomislav Steinbrückner itu membawa masuk pemain kebangsaan Uzbekistan, Nurillo Tukhtasinov dengan kontrak sehingga akhir musim.

Antara pemain import yang membarisi skuad Penyu musim ini adalah seperti Sony Norde dari Haiti, Adisak Kraisorn (Thailand), Ivan Mamut (Romania), Saldor Kulmatov (Uzbekistan), Jordan Mintah (Ghana), Argzim Redzovic (Montenegro) dan Habib Haroon (Bahrain). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan