25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 5, 2024

Dua individu ditahan tipu pelaburan saham tidak wujud

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan dua individu kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan skim pelaburan saham yang tidak wujud dengan kerugian keseluruhan dianggarkan sebanyak RM4.2 juta.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, tangkapan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri ke atas dua pemilik akaun, seorang lelaki dan wanita.

Katanya, tangkapan dibuat susulan dua laporan yang diterima terhadap pelaburan saham yang menggunakan nama PSPLus Capital trading yang menawarkan keuntungan antara dua hingga lima peratus sebulan.

“Laporan pertama, mangsa seorang lelaki berusia 71 tahun berurusan melalui Facebook dan aplikasi Whatsapp telah membuat bayaran dan mengalami kerugian RM550,000.

“Bagi laporan kedua, mangsa seorang wanita berusia 49 tahun berurusan melalui Instagram dan Whatsapp telah kerugian sebanyak RM132,688,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ahmad Dzaffir berkata, setakat ini, sebanyak 25 kertas siasatan dibuka di seluruh negara melibatkan modus operandi yang sama.

Justeru itu, pihak polis mengingatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan tawaran keuntungan yang tinggi dalam pelaburan.

Selain itu, orang ramai perlu menyemak daftar syarikat yang terlibat dengan pihak berkuasa sama ada polis mahupun Bank Negara (BNM).

“Sekiranya berasa ditipu dan telah membuat bayaran ke mana-mana akaun, segera hubungi Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NSRC) di talian 997 bagi melaporkan kejadian,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jangan terjebak perjudian perhubungan cinta ekspres

Oleh DR NORSAFATUL AZNIN A. RAZAK DALAM era moden yang serba pantas ini, hubungan percintaan sering kali terbentuk dengan begitu...

Lagi Artikel Berkaitan