26.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

Zahid nasihat Sanusi taubat nasuha

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya segera melakukan taubat nasuha.

Ini susulan kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas itu dalam satu ceramahnya baru-baru ini didakwa menghina Sultan Selangor.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, tidak semua perkara boleh dijadikan bahan politik atau gurauan dalam kerana akhirnya akan memakan diri sendiri.

“Itu satu tuduhan Menteri (Besar) sebuah kerajaan negeri yang pegangannya adalah Islam. 

“Saya harap bertaubat nasuha hendaklah diutamakan oleh beliau supaya tidak semua perkara boleh menjadi bahan-bahan kempen yang akhirnya merosakkan diri sendiri. 

“Tidak perlu saya menjawab perkara-perkara yang telah menjadi fakta dan ia akan menjadi siri isu jika saya berbahas kepada orang yang tidak begitu bijaksana di dalam pentaksiran fakta dan auta,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di Putrajaya hari ini. 

Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Dalam pada itu, Muhammad yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, parti itu akan mempertahankan kesemua kerusi yang disandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka.

Tapi tempat kami bertanding menang semualah. Tak banyak (tempat bertanding) tetapi ada satu dua tempat belum selesai. final bila kita umumkan calon. 

“Insya-Allah (kerusi yang disandang akan kekal bertanding). Tak banyak (tempat bertanding) tetapi ada satu dua tempat belum selesai. Apabila sudah dimuktamadkan kita akan umumkan calon,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua helikopter TLDM terhempas dalam keadaan ‘airworthy’

DUA helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut ketika raptai lintas hormat sempena Hari TLDM Ke-90...

Lagi Artikel Berkaitan