29.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Usaha UMNO bantu Najib masih berjalan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

UMNO masih berusaha menuntut keadilan buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga ke hari ini.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, bentuk dan cara yang digunakan dalam proses keadilan tersebut tidak perlu didedahkan kepada umum.

Ini kerana katanya, beliau bimbang campur tangan dan permainan pihak luar akan membantutkan usaha parti tersebut.

“Jangan terjebak dengan permainan pihak luar, usaha-usaha parti (membantu Najib masih) berjalan. 

“Jadi, pada waktu sama, proses keadilan dilakukan. Kita kena asingkan isu antara soal keadilan dan usaha, ini tidak perlu dijelaskan kepada umum,” katanya.

Najib Razak bersama cucunya ketika beliau masih belum dipenjarakan. – Foto: FB

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) di Putrajaya hari ini. 

Advertisements

Turut hadir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Sementara itu, mengulas kenyataan anak Najib, Datuk Mohd. Nazifuddin yang menjangkakan ada sebilangan penyokong bekas bapanya tidak keluar mengundi atau memberikan undi kepada pihak lawan, Ahmad Zahid berkata, perkara itu tidak akan berlaku.

Ini kerana kata beliau, perkara itu telah dijelaskan oleh seorang lagi anak Najib, Datuk Mohd. Nizar menerusi video yang dipaparkan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.

“Saya telah bertemu dan menjelaskan dengan adik beradik lain (selain Nazifuddin dan Noryana Najwa). 

“Sebagaimana yang kita lihat dalam Perhimpunan Agung UMNO, kenyataan daripada Nizar sendiri dan divideokan malah ketika saya bertemu Najib, perkara itu dinyatakan kepada saya sendiri,” katanya. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan