33.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

1,184 calon STPM 2022 raih PNGK 4.00

PNGK nasional pada tahun ini juga merupakan PNGK tertinggi sejak dilaksanakan peperiksaan STPM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 1,184 atau 2.84 peratus calon Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2022 memperoleh purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.00.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,009 atau 85.22 peratus adalah dari kategori B40.

Jelasnya, PNGK Nasional STPM 2022 telah meningkat sebanyak 0.03 mata berbanding tahun lepas iaitu dari 2.79 pada tahun 2021 kepada 2.82 pada tahun 2022.

“PNGK nasional pada tahun ini juga merupakan PNGK tertinggi sejak dilaksanakan peperiksaan STPM.

“Dari segi pencapaian PNGK, secara keseluruhannya didapati peratusan longgokan calon STPM 2022 pada PNGK 3.75 dan ke atas adalah 9.59 peratus, PNGK 3.0 (42.96 peratus), PNGK 2.75 dan ke atas (56.76 peratus), PNGK 2.00 ke atas pula ialah 89.75 peratus, meningkat berbanding tahun 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM di MPM, hari ini.

Ujar beliau, dengan peningkatan bilangan calon pada PNGK, maka tiada halangan lebih ramai calon lepasan STPM 2022 diterima masuk ke universiti awam pada tahun ini berbanding tahun lepas.

Advertisements

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan, bilangan calon yang mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran yang diambil telah bertambah daripada 36 calon peperiksaan STPM 2021 kepada 38 calon.

“Daripada 38 calon yang mendapat 5A tersebut, 26 daripadanya adalah calon kategori B40,”katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai 1,986 calon yang tidak hadir menduduki peperiksaan itu, beliau berkata, ia disebabkan beberapa faktor seperti calon-calon telah mendapat pekerjaan, menyambung pelajaran ke peringkat diploma atau program lain, sakit atau meninggal dunia.

Bilangan calon yang mendaftar bagi STPM 2022 adalah seramai 43,687 calon, dan sebanyak 95.45 peratus calon (41,701 calon) telah hadir menduduki peperiksaan pada ketiga-tiga semesra STPM 2022.

Dalam majlis tersebut, MPM turut telah memilih 17 pelajar terbaik mengikut kategori dan diberikan anugerah berupa wang tunai RM1, 000; plak dan sijil MPM.

Kategori pelajar terbaik STPM 2022 tersebut meliputi 11 pelajar terbaik keseluruhan; pelajar terbaik B40; pelajar terbaik kategori Orang Asli dan empat pelajar terbaik kategori calon berkeperluan pendidikan khas iaitu buta (seorang); rabun (seorang); autistik (seorang) dan spastik (seorang).

MPM juga memberikan anugerah kepada seorang pelajar terbaik Malaysia University English Test (MUET) tahun 2022 dan seorang pelajar terbaik ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi warganegara asing (SKBMW) tahun 2022. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan