Thursday, July 23, 2026

Peguam Arsenal buat West Ham berang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

WEST HAM United dilaporkan berang dengan kelewatan yang berlaku dalam urusan perpindahan pemain tengah, Declan Rice ke Arsenal.

Difahamkan kelewatan yang berlaku disebabkan tindakan peguam Arsenal yang masih mnyusun kertas kerja berkaitan sehingga menyebabkan The Hammers terpaksa menunggu.

Perkara ini berlaku biarpun kedua-dua kelab telah pun mempersetujui nilai yuran perpindahan yang berjumlah RM634.8 juta.

The Gunners dilapor mensasarkan perpindahan tersebut dimuktamadkan secepat mungkin kerana akan berangkat ke Amerika Syarikat (AS) bagi memulakan kempen pramusim.

Perpindahan Rice ke Arsenal merupakan rekod baharu kelab kerana jumlah yuran perpindahan tertinggi yang dibayar The Gunners sebelum ini bagi mendapatkan Nicolas Pepe pada harga RM435.3 juta.

Dan ini bakal menjadi yuran perpindahan kedua tertinggi di United Kingdom (UK) di belakang Enzo Fernandez yang menyertai Chelsea dari Benfica.

Selain daripada Rice, Arsenal juga dijangka melengkapkan perpindahan bernilai RM241.8 juta minggu ini.

Dalam pada itu, West Ham dilapor akan membawa masuk kapten Southampton, James Ward-Prowse sebagai pengganti Rice. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan