26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

10 rakyat Malaysia di India disahkan selamat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 10 rakyat Malaysia yang sebelum ini gagal dihubungi selepas hujan lebat melanda wilayah utara India, Ahad lalu, disahkan selamat.

Kementerian Luar dalam kenyataan, berkata maklumat terkini yang diperolehi mendapati hanya 10 rakyat Malaysia yang terkesan bencana itu dan bukan 12 orang seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Laporan awal yang menyatakan sekumpulan 12 rakyat Malaysia didapati gagal dihubungi oleh ahli keluarga berikutan fenomena hujan lebat yang melanda Wilayah Utara India pada 12 Julai 2023 sudah dikemaskini.

“Maklumat terkini yang diperolehi ialah 10 rakyat Malaysia yang terbabit manakala dua lagi daripada mereka adalah rakyat China dan British,” katanya dalam kenyataan itu, hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan, kedua-dua rakyat asing terbabit juga dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

“Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi ingin mengesahkan sudah dapat berhubung dengan salah seorang daripada 10 rakyat Malaysia terbabit.

Advertisements

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi sudah dimaklumkan bahawa kesemua mereka berada dalam keadaan selamat di Manali,” katanya.

Sehubungan perkembangan tersebut katanya Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi akan berusaha untuk membawa keluar kumpulan terbabit ke New Delhi pada hari 13 Julai 2023 (hari ini).

“Sekiranya rancangan evakuasi berjalan dengan lancar, kumpulan terbabit dijangka akan mengambil penerbangan pulang ke Malaysia pada hari yang sama.

“Kementerian ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan bantuan segera yang diberikan oleh pihak berkuasa Kerajaan India dalam usaha mengesan kesemua rakyat Malaysia tersebut,”menurut kenyataan itu.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengesan 12 rakyat Malaysia di negara itu.

Ini berikutan, rakyat Malaysia itu tidak dapat dihubungi oleh keluarga masing-masing selepas fenomena hujan lebat yang melanda wilayah utara India, Ahad lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agamawan perlu hormati bidang kepakaran dan autoriti hukum

Oleh PROF MADYA DR MOHD ANUAR RAMLI MUTAKHIR ini timbul pelbagai isu berkaitan persoalan hukum dan melibatkan para agamawan. Para agamawan...

Lagi Artikel Berkaitan