Tuesday, July 21, 2026

Seorang rakyat Malaysia mangsa tragedi feri karam di Selat Bali?

Mesti Baca

SEORANG rakyat Malaysia dikhuatiri hilang dalam kejadian feri penumpang yang karam di Selat Bali, malam tadi.

Perkara itu dimaklumkan seorang wanita, Yatini yang berasal dari Banyuwangi, Jawa Timur yang mendakwa suaminya, Fauzi Awam dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Ngurah Rai, Denpasar.

Dia berkata, suaminya seorang rakyat Malaysia, bertolak dari Banyuwangi ke Denpasar menggunakan sebuah kenderaan sebelum menaiki feri KM Tunu Pratama sebelum karam.

Bagaimanapun wanita berkenaan mendakwa nama suaminya itu tiada dalam senarai penumpang feri tersebut.

“Nama suami saya Fauzi bin Awam. Dia tidak masuk dalam senarai penumpang. Hanya pemandunya sahaja (yang berdaftar),” kata Yatini seperti dilapor media tempatan, KumparanNews hari ini.

Yatini kini masih menunggu di Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi untuk menanti khabar berhubung keadaan suaminya itu dan berdoa agar segera ditemukan.

Yatini mendakwa suaminya Fauzi Awam berada di dalam feri KM Tunu Pratama yang karam di Selat Bali malam tadi. – Sumber: KumparanNews.

Selain Fauzi, 29 orang lain dilapor masih hilang sementara enam disahkan meninggal dunia sementara 30 lagi penumpang selamat.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada sebarang pengesahan dari pihak Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia atau Wisma Putra berhubung ada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa tragedi tersebut.

KMP Tunu Pratama Jaya membawa 53 penumpang, 12 kru kapal dan 22 kenderaan dalam perjalanan dari Pelabuhan Ketapang, Banyuwangi menuju ke Pelabuhan Gilimanuk, Bali sebelum dilapor tenggelam kira-kira 11.20 malam waktu tempatan, dipercayai akibat kebocoran. – Agensi

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan