30.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Dr Akmal nafi jaja cerita politik di sekolah 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhammad Akmal Saleh menjelaskan, kehadirannya ke sebuah sekolah di Hulu Terengganu adalah atas jemputan Gerakan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu, semasa di sana, beliau hanya memberikan motivasi dan berkongsi pengalaman sepanjang menjadi pelajar.

“Saya masuk (sekolah) atas jemputan daripada GPMS Terengganu. Saya dapat kebenaran daripada pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk masuk ke situ.

“Ini disebabkan saya adalah Naib Presiden Briged Negaraku dan sudah tentulah bila di situ kita bercakap tentang soal motivasi bagaimana seorang anak kampung boleh jadi penterjemah (pesawat Malaysia Airlines) MH17, kongsi pengalaman.

“Dan sedikit pun saya tiak bercakap pasal politik,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di akaun media sosialnya hari ini.

Advertisements

Sebelum ini, terdapat beberapa pihak yang kurang senang dengan tindakan Dr Akmal masuk ke sekolah di Terengganu kerana didakwa berpolitik dan memberi wang kepada mereka.

Mengulas isu rasuah kerana memberi duit kepada semua pelajar tingkatan enam di sekolah, Dr Akmal berkata, pemberian itu merupakan sedekah beliau kepada pelajar yang mengikuti akaun TikToknya.

Ujarnya lagi, sepanjang berada di sana tiada satu pun perkara politik disebutkan malah pelajar yang menerima wang tersebut tidak disuruh mengundi sebarang parti politik.

“Jadi, janganlah tuduh saya sebegini rupa dan juga ada orang cakap juga saya bagi duit. Ya betul, memang saya nak kongsi rezeki kepada adik-adik tetapi hanya empat orang sebab mereka ikuti TikTok saya. 

“Itu saya kongsi rezeki dan ibarat sedekah. Dia bukan sedekah yang perlu sampai nak kena bersumpah. Yang kena bersumpah tu kena undi parti mana itu jatuh rasuah. Jadi, moga kita tak sebarkan fitnah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan