28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

TPM saran Shakam dinaikkan tiga kali ganda

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyarankan agar nilai ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) dinaikkan tiga kali ganda pada 2024

Katanya, itu merupakan insentif kepada atlet negara yang mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Beliau berkata, insentif ketika ini dirasakan tidak mencukupi jika dibandingkan dengan pencapaian atlet negara yang semakin membanggakan pada setiap temasya sukan.

“Saya lihat pencapaian kita semakin meningkat tetapi hadiah itu tidak meningkat. Saya juga simpati dengan Menteri (Belia dan Sukan, Hannah Yeoh) kerana beliau cuba meminta (dengan kerajaan) untuk hadiah dan habuan yang banyak.

“Kalau diundang lagi Shakam seterusnya, saya mahu jumlahnya tiga kali ganda. Banyak pihak swasta turut berhasrat untuk taja dan (jika) syarikat yang tersenarai mendapat keuntungan luar biasa dapat menaja, saya yakin kerajaan akan berikan pengurangan cukai kepada mereka,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Shakam 2023 di Bandar Baru Bangi malam tadi.

Shakam merupakan manifestasi penghargaan negara kepada atlet yang meraih pingat pada temasya sukan utama antaranya Sukan Olimpik, Paralimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan Para Asia, Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN.

Shakam 2023 menyaksikan pemegang pingat Sukan SEA menerima jumlah keseluruhan ganjaran lebih RM1.2 juta manakala pemenang pingat dalam Sukan Para ASEAN membawa pulang ganjaran bernilai RM1.18 juta.

Majlis itu turut meraikan kejayaan atlet negara yang beraksi di Sukan Olimpik Khas 2023 di Berlin, Jerman pada Jun lalu dan mereka menerima insentif sebanyak RM95,500. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Fahmi kecam Meta turunkan bahan Anwar jumpa pemimpin Hamas

KERAJAAN Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan Meta menurunkan bahan yang dimuat naik oleh media tertentu ke media sosial berhubung pertemuan...

Lagi Artikel Berkaitan