32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Cubaan seludup ayam sabung tumpas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Semporna berjaya mematahkan cubaan dua buah bot  bagi menyeludup masuk 40 kotak berisi ayam sabung bernilai sekitar RM40,000 pada pukul 2.40 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata,  yang sedang dalam penugasan Op Pluto Timur, Op Cegah Pati dan Op Tiris telah menerima maklumat risikan dan menuju ke lokasi.

Setibanya di lokasi, katanya, dua bot dikesan sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan menuju ke perkampungan atas air Kampung Kuala Bibang, Semporna, Sabah.

“Ketika dihampiri untuk pemeriksaan, tekong bot telah bertindak nekad melarikan diri dengan terjun ke laut dan berenang ke arah perkampungan atas air berdekatan.

“Hasil pemeriksaan mendapati ayam-ayam sabung berkenaan dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk pasaran gelap pemain sabung ayam di negeri ini,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, Maritim Malaysia akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengesan serta menjejak suspek yang dipercayai bergiat aktif dalam aktiviti penyeludupan di Semporna.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk bot berserta enjin dianggarkan bernilai RM 54,000. 

“Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 di bawah Seksyen 135(1)(a) atas kesalahan terlibat dalam mengimport atau mengeksport apa-apa barangan tidak berkastam atau apa-apa barangan berlawanan dengan sesuatu larangan sama ada barangan tak berkastam atau barang larangan itu dikapalkan untuk diturunkan dari kapal dihantar serah,” ujarnya.

Menurut Amir, individu yang didapati bersalah kali pertama boleh dikenakan denda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda nilai barangan itu atau RM50 ribu atau yang mana satu amaun yang lebih tinggi.

“Dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda amaun duti kastam atau RM 500 ribu atau yang mana satu amaun yang lebih tinggi atau dipenjarakan selama lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan