27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Rezal kini Pengarah Pembangunan Akar Umbi KUFC

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KELANTAN United FC (KUFC) melantik bekas Ketua Jurulatih Kelantan FC, Rezal Zambery Yahya sebagai Pengarah Pembangunan Akar Umbi yang baharu.

Menerusi kenyataan Kelantan United berkata, beliau berupaya membawa perubahan kepada program pembangunan bermula dari program akar umbi seterusnya mengetengahkan bakat ke peringkat lebih tinggi.

“Rezal Zambery berpengalaman luas sebagai pemain bertanggungjawab untuk memperbaiki dan meningkatkan program akar umbi dan pembangunan pemain muda Sang Kijang Hijau.

“Tugas beliau bukan sahaja dari aspek teknikal malah diberi tanggungjawab yang cukup besar memantau dan melaksanakan keseluruhan program serta pembangunan bola sepak di negeri Kelantan,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Advertisements

Sementara itu, Rezal Zambery mengucapkan terima kasih kepada Kelantan United atas kepercayaan yang telah diberikan kepadanya.

Katanya, beliau telah diberi penerangan yang sangat jelas dengan beberapa projek besar yang akan dilaksanakan menyebabkan beliau tertarik untuk bersama Kelantan United menjayakan projek yang dirancang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Kelantan United mendapatkan dua pemain baharu, Faiz Nasir dan Muhammad Azarul Nazarith Azhar secara pinjaman daripada Terengganu FC.

“Kedua-dua pemain dibawa masuk dalam usaha pihak kelab untuk menambah sengat jentera pertahanan serta serangan pasukan sehingga akhir musim ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan