28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Kelantan United gugur empat pemain import

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PASUKAN yang sedang bergelut di kelompok bawahahan Liga Super, Kelantan United mengambil tindakan drastik apabila menggugurkan empat pemain import bagi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

Kelantan United berkata, antara pemain yang digugurkan adalah termasuk Yan Victor, Ernist Batyrkanov, Devid Silva dan Gregory Rocha.

Kata kenyataan itu, kontrak kesemua pemain import berkenaan ditamatkan atas persetujuan bersama.

“Kelantan United merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan buat empat pemain import atas sumbangan dan khidmat sepanjang saingan Liga Super dan Piala FA untuk separuh musim 2023. 

Advertisements

“Keempat-empat pemain ini telah bersetuju menamatkan kontrak dengan persetujuan bersama. 

“Pihak pengurusan kelab mengucapkan selamat maju jaya dan semoga terus bersinar meneruskan karier masing-masing bersama kelab lain selepas ini,’ katanya menerusi hantaran Facebook hari ini. 

Skuad Sang Kijang Hijau itu pada jendela perpindahan Julai ini membawa masuk lima pomain import baharu seperti bekas pertahanan Melaka United, Dominik Balic, Sirojiddin Rakhmatullaev, Kim Min Kyu, Kim Deok dan Ismaheel Akinade.

Selain itu, Kelantan United turut membawa masuk Qayyum Majoni secara pinjaman dari Kuching City. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan