32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Sanusi didakwa: Pas minta penyokong bertenang 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PAS meminta semua ahli dan penyokongnya bertenang susulan penangkapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu akan mengikuti secara dekat perkembangan kes dan meminta semua pihak agar menghormati undang-undang negara.

“Pas mengikuti dengan cermat perkembangan kes melibatkan Muhammad Sanusi yang dilaporkan telah ditahan PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk didakwa di mahkamah hari ini.

“Kami menyarankan semua pihak khususnya para ahli dan penyokong, supaya bertenang dan menghormati proses perundangan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Sanusi dilapor ditahan polis di sebuah bilik hotel kira-kira pukul 3 pagi tadi sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu dijangka akan didakwa di Mahkamah Selayang pagi ini dipercayai berkaitan kenyataan beliau menghina institusi diraja Selangor.

Sanusi dihadapkan ke Mahkamah Selayang pagi ini, bagi menghadapi pertuduhan berhubung kenyataannya yang didakwa menyentuh isu 3R (agama, kaum dan raja) dalam ceramah politiknya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Ramasamy, Fadhil amal kempen menyesatkan – Puad Zarkashi

PRESIDEN Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), P. Ramasamy dan Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhil Shaari dianggap mengamalkan kempen...

Lagi Artikel Berkaitan