28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Aaron-Wooi Yik, Joe Ee Olahragawan, Olahragawati Kebangsaan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PASANGAN beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Woi Yik dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 2022 dalam Anugerah Sukan Negara (ASN 2022) malam tadi.

Aaron-Woi Yik muncul juara dunia selepas mengungguli Kejohanan Badminton Dunia pada edisi ke-27 di Tokyo sekali gus menamatkan penantian negara di kejohanan tersebut.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan anugerah sukan berprestij itu kepada gandingan beregu yang kini berada di ranking nombor empat dunia itu.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Advertisements

Sementara itu, gimnas negara, Ng Joe Ee pula menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan 2022.

Atlet gimrama berusia 17 tahun itu merupakan pemenang dua pingat emas dalam Sukan Komanwel Birmigham 2022.

Pencapaian itu menyaksikan anak kelahiran Kuala Lumpur tersebut mengulangi sejarah Amy Kwan yang merupakan gimnas pertama memenangi anugerah tersebut pada 2018.

Dalam pada itu, beberapa anugerah lain menyaksikan skuad hoki lelaki kebangsaan dianugerahkan bagi kategori pasukan lelaki, Pearly Tan-M.Thinah (pasukan wanita), A.Arulselvaraj (jurulatih lelaki) dan Beh Lee Wei (jurulatih wanita). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan