26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Peniaga rugi RM870,000 terpedaya pelaburan tak wujud

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG peniaga terpaksa berputih mata apabila mengalami kerugian sebanyak RM870,000 setelah diperdaya oleh seorang wanita melalui pelaburan mata wang kripto yang tidak wujud.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata terdahulu lelaki berusia 54 tahun terbabit dihubungi seorang wanita yang tidak dikenali pada 24 Jun lalu menerusi WhatsApp yang memaklumkan dirinya memperoleh keuntungan besar dalam pelaburan mata wang digital itu.

Beliau berkata, akibat terpedaya mangsa kemudiannya melabur sebanyak RM5,000 sebelum mendapat semula modal bersama keuntungan RM1,000.

“Selepas itu, suspek meminta mangsa melabur dalam jumlah lebih besar bagi mendapatkan keuntungan tinggi,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, mangsa dikatakan telah membuat beberapa transaksi ke dalam tiga akaun bank diberikan hingga mencecah RM870,000.

Advertisements

“Mangsa juga dijanjikan satu pulangan lumayan sehingga boleh mencapai RM1.5 juta daripada pelaburan tersebut.

Tambahnya, selepas itu mangsa telah menghubungi suspek untuk membuat pengeluaran namun suspek telah memberi pelbagai alasan termasuk mengenakan caj bayaran proses sebanyak 30 peratus.

“Malangnya, sehingga kini mangsa sama sekali tidak menerima sebarang pembayaran di atas pelaburan itu.

“Menyedari dirinya telah diperdaya, mangsa telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian pada malam semalam.

“Sehubungan dengan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan,”jelasnya. – Edisi 9 

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan