26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Abdul Latif raih emas di Paris

Mesti Baca

JAGUH paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly layak secara merit ke Sukan Paralimpik 2024 selepas menjuarai acara lompat jauh kategori T20 (kecacatan intelektual) di Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 di Paris hari ini.

Abdul Latif menjadi atlet para kedua layak ke Paris selepas Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat perak acara lontar peluru kategori F20 (kecacatan intelektual), mengesahkan tempat pada Jumaat lepas.

Pada aksi final lompat jauh T20 berlangsung di Stadium Charlety, atlet berusia 26 tahun itu melakukan lompatan sejauh 7.40 meter (m) pada percubaan kedua.

Lompatan tersebut sekali gus mengatasi rekod kejohanan 7.39m yang dilakukan Ranki Oberai dari Belanda pada edisi Dubai 2019.

Advertisements

Abdul Latif mengulangi pencapaian pingat emas dimenanginya pada 2015 di Doha dan 2017 di London sebelum terpaksa berpuas hati dengan pingat perak pada 2019.

Abdul Latif mengulangi pencapaian pingat emas dimenanginya pada 2015 di Doha dan 2017 di London sebelum terpaksa berpuas hati dengan pingat perak pada 2019.

Abdul Latif mengulangi pencapaian pingat emas dimenanginya pada 2015 di Doha dan 2017 di London sebelum terpaksa berpuas hati dengan pingat perak pada 2019. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan