25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, December 1, 2023

Sanusi dihadap ke Mahkamah Selayang esok

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah Selayang di Selangor, esok. 

Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dipercayai akan didakwa berhubung kenyataan yang didakwa mempertikai kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pelantikan Menteri Besar, memetik laporan Berita Harian. 

Menerusi carian laman sesawang mahkamah, mengesahkan pendakwaan akan dibuat di Mahkamah Sesyen di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin. 

Pendakwaan terhadap Sanusi ditetapkan untuk didengar pada jam 9 pagi. 

Dalam ucapannya baru-baru ini, Muhammad Sanusi dikatakan menyentuh mengenai perkenan Sultan Selangor, berkaitan pelantikan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Susulan itu, pelbagai pihak membuat laporan polis yang turut mengaitkan telah menghina institusi Diraja Selangor.

Terdahulu hari ini, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpendirian bahawa isu melibatkan kenyataan Muhammad Sanusi yang didakwa menghina baginda, belum lagi selesai. 

“Baginda bertitah bahawa perkara ini masih belum selesai,” tulis hantaran di Facebook Selangor Royal Office hari ini.

Terkini

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Lagi Artikel Berkaitan