26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024

Argentina ganti Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

ARGENTINA akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Bawah 20 Tahun (B-20) 2023 menggantikan Indonesia.

Memetik laporan Xinhao, Biro Majlis FIFA mengesahkan keputusan itu selepas Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) mengemukakan bidaan susulan dan delegasi FIFA membuat pemeriksaan di negara Amerika Selatan itu minggu lepas.

Piala Dunia B-20 FIFA akan bermula dari 20 Mei hingga 11 Jun. Argentina pernah menjadi tuah rumah kejohanan yang sama pada 2001.

Undian rasmi Piala Dunia B20 FIFA akan berlangsung pada 21 April di ibu pejabat FIFA di Zurich.

Sebelum ini, FIFA pada  telah menarik balik hak menganjur Piala Dunia Bawah 20 tahun daripada Indonesia susulan bantahan beberapa ahli politik negara itu penyertaan pasukan Israel di dalam kejohanan.

Advertisements

Pembatalan dibuat setelah Gabenor Bali iaitu Wayan Koster telah menghantar surat mengemukakan bantahan terhadap kemasukan Israel untuk menyertai kejohanan kepada Menteri Belia dan Sukan negara itu, Zainudin Amali.

Indonesia bertindak membatalkan undian rasmi yang dijadualkan berlangsung di Bali pada 31 Mac lalu.

Keputusan pembatalan hasil perjumpaan antara Presiden FIFA, Gianni Infantino dan Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir melalui penelitian beberapa faktor.

Qatar turut dilaporkan menawar diri untuk menjadi tuan rumah kejohanan ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Jelajah Dunia Akhir BWF: Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah

CHEN Tan Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara beraksi di final Jelajah Dunia...

Lagi Artikel Berkaitan