26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 14, 2024

Indonesia hilang hak penganjuran Piala Dunia B-20

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menarik balik hak penganjuran Piala Dunia Bawah 20 (B-20) Indonesia susulan protes penyertaan Israel dalam kejohanan itu.

Keputusan itu dicapai selepas pertemuan antara Presiden FIFA, Gianni Infantino dengan Presiden Persekutuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir di Doha, Qatar malam tadi.

FIFA menerusi kenyataan berkata, hos baharu akan diumumkan dalam masa terdekat dengan tiada perubahan untuk tarikh penganjuran .

“Potensi penggantungan PSSI juga akan ditentukan kemudian.

FIFA ingin menggariskan bahawa di sebalik keputusan ini tetap komited untuk aktif membantu PSSI, dengan kerjasama erat dan dengan sokongan kerajaan Presiden (Indonesia) (Joko) Widodo, dalam proses transformasi bola sepak Indonesia berikutan tragedi yang berlaku pada Oktober 2022.

Advertisements

“Ahli delegasi FIFA akan kekal berada di Indonesia bagi membantu PSSI di bawah pimpinan Thohir,” katanya hari ini.

Menurut FIFA, mesyuarat baharu antara Infantino dan Thohir akan dijadualkan dalam masa terdekat.

Piala Dunia FIFA B-20 dijadual berlangsung pada 20 Mei ini.

Protes di Indonesia tercetus selepas Israel layak secara merit ke kejohanan tersebut.

Ini kerana negara yang mempunyai populasi umat Islam terbesar dunia itu tiada hubungan diplomatik dengan Israel di samping solidariti Indonesia ke atas Palestin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua pesawah dari Pendang wakili negara ke Konvensyen PBB

DUA pesawah dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Pendang Selatan, Kedah bakal menerima pengalaman berharga apabila diberi peluang mengikuti Konvensyen...

Lagi Artikel Berkaitan