33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Peringatan Anwar pelik, hina orang Melayu – Tun M

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berasa hairan apabila orang Melayu diingatkan supaya jangan bersikap angkuh.

Katanya, peringatan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu agak pelik dan ganjil kerana ia dikatakan menghina orang Melayu.

Menurutnya, orang Melayu sejak sebelum dan selepas merdeka telah meraikan ramai kaum-kaum lain.

“Kerakyatan telah diberi kepada sejuta pendatang tanpa memenuhi syarat dan mereka dibenar meneruskan adat-resam, budaya, sekolah, bahasa, agama dan cara hidup negara asal mereka.

“Apabila Negara capai kemerdekaan, mereka diberi hak mengundi dan wakil-wakil mereka dilantik menjadi Menteri dan ke lain-lain jawatan tertinggi di dalam Kerajaan.

“Bukan seorang tetapi jika dikira dari sejak merdeka sehingga ke hari ini, sudah ratusan jika tidak ribuan jika dicampur semua jawatan-jawatan menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen serta lain-lain jawatan penting,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada hari ini.

Advertisements

Dalam pada itu, mantan Ahli Parlimen Langkawi itu turut mendakwa Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar menyekat kebebasan orang Melayu bersuara walaupun untuk mempertahankan hak masing-masing.

“Dahulu apabila saya kata Melayu malas ramai orang Melayu marah sedangkan tujuan saya untuk ingatkan bahawa kaum-kaum lain sudah menguasai hampir kesemua sektor ekonomi Negara dan jika kita tidak rajin dan bangkit, kita akan hilang segala-galanya.

“Tetapi hari ini Anwar kata Melayu angkuh dan tidak mahu raikan kaum lain sedangkan orang Melayu sudah memberi ruang seluas-luasnya untuk kaum-kaum lain sehingga bahagian untuk orang Melayu sudah hampir lupus.

“Untuk orang Melayu pertahan serba sedikit yang tinggal itu Anwar anggap angkuh. Cuma apabila sudah tiada ada apa milik Melayu barulah tidak angkuh?,” soalnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan