25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Istana Negara nafi keluar kenyataan murka prestasi Kerajaan Perpaduan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

PIHAK Istana Negara menafikan pihaknya mengeluar kenyataan yang memaklumkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah murka terhadap Kerajaan Perpaduan berhubung isu membabitkan kebajikan rakyat dan perkhidmatan awam.

Menerusi hantaran di Facebook, Istana Negara memaklumkan kenyataan media berkenaan adalah palsu dan orang ramai dinasihati supaya tidak menyebarkan atau berkongsi lanjut kenyataan itu.

“Adalah dimaklumkan bahawa Istana Negara tidak mengeluarkan kenyataan media seperti yang dipaparkan dan yang telah tular di media sosial, hari ini.

“Orang ramai dinasihati agar tidak menyebar atau berkongsi lanjut kenyataan palsu itu menerusi mana-mana platform media,” menurut kenyataan itu pada malam tadi.

Advertisements

Terdahulu, tular sebuah kenyataan media palsu yang menggunakan logo Istana Negera menyebut Tuanku dikatakan mengambil serius isu-isu yang melanda perkhidmatan awam negara iaitu melibatkan integriti Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Selain itu, kenyataan palsu itu menyatakan Tuanku amat murka sikap sambil lewa yang diambil oleh Kerajaan Perpaduan dalam menangani isu melibatkan perkhidmatan awam yang menjejaskan imej dan kualiti perkhidmatan awam.

Tambahnya, sikap sambil lewa kerajaan pada hari ini turut memberi kesan terhadap Tuanku.

Kata kenyataan palsu itu, Tuanku juga dikatakan menasihati Perdana Menteri supaya cakna dan mengambil berat isu-isu dan kes penyelewengan penjawat awam di peringkat tinggi bukan hanya tertumpu kepada orang-orang politik sahaja. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan