27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pahang boleh guna peruntukan MARRIS – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Persekutuan memberi kelonggaran kepada kerajaan Pahang bagi menggunakan peruntukan tahunan Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) untuk membaik pulih kemudahan awam yang rosak akibat banjir seperti membeli jambatan bailey.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelonggaran itu mengambil kira Pahang antara negeri yang sentiasa dilanda bencana alam itu setiap tahun, yang akan menyebabkan pelbagai kerosakan pada struktur awam.

Malah beliau turut memberi jaminan kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dan negeri Pahang akan terus diperkukuh demi kelangsungan serta kesejahteraan rakyat negeri itu.

“Bagi membuktikan kesungguhan itu, saya maklumkan lebih RM400 juta daripada RM5 bilion peruntukan tahunan MARRIS diperuntukkan kepada Pahang bagi memastikan jalan negeri berada dalam keadaan baik.

“Sebahagian daripada peruntukan keseluruhan penyelenggaraan berkala turapan jalan Persekutuan yang meningkat kepada RM1 bilion berbanding RM750 juta yang diumumkan dalam Belanjawan 2023, juga akan dikhususkan untuk negeri Pahang,” katanya dalam Facebook malam tadi.

Advertisements

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan amanat kepada penjawat awam negeri Pahang di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan barisan Exco Kerajaan negeri Pahang.

Jelas Anwar, tambahan peruntukan penyelenggaraan jalan Persekutuan itu dapat dilakukan kerana hasil negara melonjak selepas ‘orang besar’ mula membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan