29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Ramanan kini Pengerusi Jawatankuasa Khas MITRA

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Sungai Buloh, Datuk R Ramanan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

Timbalan Ketua Penerangan PKR itu menerima mandat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Ramanan turut mengesahkan beliau akan mengadakan mesyuarat pertama bersama empat lagi ahli jawatankuasa yang baru dilantik agensi iaitu Senator C Sivarraajh dari MIC, Ahli Parlimen Klang dari DAP V Ganabatirau, R Yuneswaran (PKR) dan Ketua Pengarah MITRA,K Raveendran Nair.

“Esok, selepas mesyuarat kita akan adakan sidang media di pejabat Mitra di Putrajaya. Kita akan memaklumkan hala tuju dan perancangan,” katanya seperti dilapor MalaysiaGazzete.

Sebelum ini, MITRA dikenali sebagai Unit Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (SEDIC) ditubuhkan pada tahun 2013 di bawah pentadbiran bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Advertisements

Objektif utama penubuhan unit ini adalah untuk memperkasakan komuniti India terutama kumpulan berpendapatan rendah B40.

Selepas kekalahan Barisan Nasional pada 2018, ia ditukar nama kepada MITRA oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Unit ini ditempatkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang turut meluluskan penubuhan Yayasan MITRA ketika pentadbiran Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Namun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, MITRA berdepan dakwaan skandal penyelewengan termasuk ada antara mereka turut didakwa di mahkamah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan