26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 11, 2024

Keputusan rayuan ke SBP, SMKA diketahui esok

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN penawaran serta penempatan murid tingkatan satu dan empat kategori rayuan ke sekolah khusus bagi kalendar akademik sesi 2023/2024 akan dikeluarkan esok, 20 April 2023.

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan berkata, rayuan tersebut adalah bagi permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).

KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua murid yang berjaya ditawarkan dan selamat maju jaya.

Advertisements

“Kementerian sentiasa komited untuk terus memastikan setiap murid di Malaysia mendapat hak untuk akses kepada pendidikan yang lebih berkualiti,” katanya hari ini.

Bagi kategori rayuan, seramai 1,783 orang murid tingkatan satu dan 404 orang murid tingkatan empat telah ditawarkan ke SBP, manakala 1,886 orang murid tingkatan satu dan 971 orang murid tingkatan empat ditawarkan ke SMKA.

Semakan keputusan tingkatan satu boleh dibuat melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my sementara bagi tingkatan empat pula di pautan https://spskt4.moe.gov.my. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kemenangan Sock Tao bukti rakyat tolak politik kebencian

KEMENANGAN calon Kerajaan Perpaduan, Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu...

Lagi Artikel Berkaitan