26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

SPRM nafi letak pegawai di MITRA, terlibat mesyuarat perolehan

Mesti Baca

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan media bahawa pihaknya telah menempatkan pegawai di Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA).

SPRM dalam satu kenyataan berkata, ketika ini tiada pegawainya ditempatkan di unit tersebut susulan penyelewengan dana MITRA yang disiasat sejak 2019.

Pada masa yang sama, suruhanjaya itu berkata, para pegawai SPRM juga dilarang terlibat dalam mana-mana mesyuarat lembaga, jawatankuasa atau urus setia berkaitan perolehan di agensi luar mengikut 1Pekeliling Perbendaharan (1PP).

“Berhubung isu penyelewengan dana MITRA, SPRM telah selesai membuat siasatan terhadap isu berkenaan dari tahun 2019 ke 2021.

“Susulan itu, SPRM telah berjaya mendapat pendakwaan terhadap 12 kes, 10 kes masih dibicarakan di mahkamah manakala dua kes tertuduh telah mengaku salah,” kata kenyataan itu hari ini.

SPRM mengulas laporan dua akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang bertajuk MACC stations officer at MITRA for greater transparency dan MACC officers to join MITRA meeting.

Advertisements

Suruhanjaya itu berkata, hasil dapatan siasatan, pihaknya juga telah mengambil tindakan mengkaji tatakelola pengurusan dana MITRA.

Katanya, ini tujuan mengukuhkan tatacara dan ketelusan dana MITRA kepada masyarakat India di negara ini.

Katanya, ia sebagai langkah pencegahan untuk menutup sebarang ruang dan peluang rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dana kerajaan.

“Untuk makluman, Akta SPRM 2009 memperkasakan SPRM bukan hanya untuk menyiasat rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa malah tindakan pencegahan untuk memastikan kesalahan yang sama tidak berulang pada masa hadapan,” katanya.

Untuk rekod, MITRA ditubuhkan pada 2008 di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menangani isu pembangunan sosioekonomi masyarakat India di Malaysia. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan