32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Indonesia berdepan hukuman berat daripada FIFA

Susulan pembatalan hak penganjuran sebagai tuan rumah Piala Dunia B-20 tahun

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

INDONESIA dijangka berdepan hukuman daripada Persatuan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan pembatalan hak penganjuran sebagai tuan rumah Piala Dunia B-20 tahun.

Keputusan pembatalan hasil perjumpaan antara Presiden FIFA, Gianni Infantino dan Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir melalui penelitian beberapa faktor.

FIFA dalam satu kenyataan memaklumkan, Indonesia dijangka menerima hukuman berat setelah tidak memenuhi tanggungjawab sebagai tuan rumah pertandingan anjuran badan induk dunia itu.

“Tuan rumah baharu kejohanan akan diumumkan dalam masa terdekat, dengan tarikh kejohanan pada masa ini kekal tidak berubah. Potensi sekatan terhadap PSSI juga mungkin diputuskan melalui perbincangan peringkat seterusnya.

“Ahli daripada FIFA akan terus hadir di Indonesia untuk beberapa bulan akan datang dan akan memberikan bantuan yang diperlukan kepada PSSI, di bawah pimpinan Presiden Thohir,” kata kenyataan itu.

Advertisements

Terdahulu, Edisi 9 melaporkan Indonesia bertindak membatalkan undian rasmi yang dijadualkan berlangsung di Bali pada 31 Mac lalu.

Pembatalan dibuat setelah Gabenor Bali iaitu Wayan Koster telah menghantar surat mengemukakan bantahan terhadap kemasukan Israel untuk menyertai kejohanan kepada Menteri Belia dan Sukan negara itu, Zainudin Amali.

Qatar menjadi negara pertama membuat tawaran bagi menggantikan Indonesia susulan kejayaan menganjurkan Piala Dunia 2022 tahun lalu.

Selain itu, Argentina juga memohon hak sebagai tuan rumah sebagai persediaan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan