32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Polis minta bantuan kesan lelaki OKU hilang

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak tiga minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pihaknya menerima laporan dibuat ibu mangsa (pengadu) pada 20 Mac lalu, pukul 1.59 tengah hari.

Menurutnya, berdasarkan laporan, pengadu menyatakan anaknya yang dikenali sebagai Mohd Jamalilah Mohd Riskhan, 36, keluar dari rumah mereka di No 14 E/F Loring 6, Jalan Perawan Taman Bukit Rambai, pada 15 Mac lalu, kira-kira 8 pagi tanpa pengetahuannya.

“Pengadu ada menghubungi keluarganya dan keluarga mentua untuk bertanyakan anaknya yang juga pemegang kad OKU kategori masalah pembelajaran (lembam) dan pertuturan tidak jelas, namun mereka tidak mengetahui di mana dia berada.

“Pengadu turut mencari di sekitar taman serta bertanya kepada penduduk, namun hampa menyebabkan dia bimbang keselamatan anaknya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Christopher berkata, anak pengadu tidak memiliki telefon bimbit untuk dihubungi dan dikatakan memakai seluar pendek kelabu dan baju-T berwarna kuning.

“Rambutnya hitam pendek, kulit hitam manis, badan gempal dan berjambang dengan anggaran ketinggian 157 sentimeter.

Baca juga:   Anggota polis lemas mandi air terjun Kampung Sungai Tonggang

“Pengadu juga menyatakan anaknya sebelum ini kerap keluar rumah, namun akan pulang semula,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan Mohd Jamalilah diminta menghubungi Sarjan Mejar Abd Ghani di talian 013-9775519 atau Balai Polis Batang Tiga di talian 06-3152222.

Baca juga:   KKM akan memperkemas SOP perjalanan umrah

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Enam nelayan Indonesia ditahan ceroboh perairan negara

ENAM nelayan warga Indonesia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang kerana disyaki melakukan aktiviti menangkap...

Lagi Artikel Berkaitan