32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

JAIPk sahkan ayam ‘tular’ disembelih ikut syariat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Agama Islam Perak (JAIPk) mengesahkan ayam segar di sebuah pasar raya di Kuala Kangsar, Perak disembelih mengikut syariat.

Ini sekali gus menafikan berita tular di media sosial yang mendakwa ayam tersebut tidak disembelih mengikut hukum syarak.

Menurut Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim, siasatan segera ke premis terbabit turut mendapati tiga syarikat yang membekalkan ayam ke pasar raya itu juga disahkan mempunyai sijil halal.

“Kita telah lakukan pemeriksaan sejurus ia tular di media sosial dan hasil siasatan, kami mendapati tiada ayam segar yang kelihatan tidak disembelih secara sah sebagaimana dakwaan yang tersebar,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Terdahulu tular di laman Facebook seorang pengguna yang membeli ayam di sebuah pasar raya di Kuala Kangsar mendakwa terdapat kesan tebukan di leher ayam sekali gus menyimpulkannya ia tidak halal.

Wanita berkenaan turut memuat naik gambar ayam yang dibelinya di sebuah pasar raya di Kuala Kangsar, sehingga ia tular di media sosial sejak Rabu malam.

Dalam pada itu, Harith Fadzilah menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi maklumat tidak benar dan sentiasa merujuk pihak berwajib untuk kepastian.

Baca juga:   Lumba haram di Lebuh Raya DASH, 2 mekanik ditangkap

“Jadi kita mengharap, akan datang, kalau tak pasti janganlah kita buat (tularkan), rujuk kepada pihak berkuasa (terlebih dahulu),” ujarnya.

-EDISI9

Wartawan

Baca juga:   Budak 3 tahun disahkan dijangkiti HFMD bukan cacar monyet

Terkini

Khairy akan jumpa Muhyiddin

BEKAS Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar akan bertemu Presiden Parti Peribumi Bersatu (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin...

Lagi Artikel Berkaitan