34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

ADUN bawa ayam, kini MP bawa telur pula dalam dewan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERTENGAHAN Disember 2021, rakyat dikejutkan dengan gelagat seorang  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak yang membawa ayam segar ke Sidang DUN.

Kini telur ayam pula menjadi pilihan Ahli Parlimen bagi ditunjukkan dalam Sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Juga dengan tujuan serta niat yang sama, kedua-duanya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong menyentuh mengenai harga makanan tersebut yang agak tinggi.

ADUN PKR (Muhamad Arafat) itu berbuat demikian bagi menegur Razman Zakaria (Pas-Gunung Semanggol) yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan negeri berikutan isu kenaikan harga barang ketika itu dan mahu menghadiahkan ayam segar itu kepada Razman.

Manakala, Ka Siong pula membangkitkan isu kekurangan stok telur dengan mencelah pada sesi menteri-menteri ( Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu) menjawab perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Ka Siong menunjuk telur ayam berkenaan kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat bahawa ketiga-tiga telur ayam berkenaan, sebiji dari India, sebiji telur ayam tempatan dan sebiji lagi telur Omega bagi membandingkan saiz dan harganya kepada Dewan.

“Dalam konteks ini, saya bawa telur dari India, saya beli 50 sen. Ini adalah telur Malaysia (sambil menunjukkan telur tempatan) yang harganya dikawal, 45 sen ini.

“Kita dapat lihat beza saiznya. Kita dapat lihat telur dari India ini, harga 50 sen, lebih kecil dari telur dari Malaysia…ini kekurangannya. Kalau kata telur Omega Ini, telur kampung, harganya 76 sen.

Advertisements

“Orang kaya, orang berada boleh beli tapi inilah puncanya (tunjuk telur Malaysia) nak bantu Perusahaan Kecil dan Sederhana khususnya orang Melayu untuk buat kuih,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Presiden MCA itu menegaskan, kerajaan perlu menyelesaikan masalah kekurangan stok telur dengan segera kerana tidak mahu kerajaan diserang jika tiada stok telur pada bulan Ramadan dan Aidilfitri nanti.

Sementara itu, Mohamad Sabu berkata, kerajaan masih memberikan subsidi sebanyak 10 sen untuk sebiji telur ayam sehingga Jun depan.

Selepas tempoh tersebut ujar beliau, satu kajian akan dibuat sama ada kerajaan akan meneruskan subsidi berkenaan atau sebaliknya.

“Kita juga meneruskan dialog dengan penternak ayam dan pengeluar telur di Selangor dan akan ke negeri-negeri lain.

“Mereka beri jaminan bahawa dengan perubahan suasana yang belaku, mereka boleh berusaha mencukupkan bekalan,” jelasnya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan