24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Saya akan terus bersuara selagi bernyawa – Dr Mahathir

Kebenaran bukan monopoli majoriti atau minoriti atau yang tidak hilang deposit

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau akan terus bersuara tentang kebenaran selagi masih bernyawa.

Malahan bekas pemimpin berusia 98 tahun itu berkata, beliau akan terus menyatakan kebenaran walaupun yang mendengarnya hanya seorang.

Beliau berkata, kebenaran bukan monopoli majoriti atau minoriti kerana itu bukanlah ukuran.

“Bagi saya setiap kebenaran itu perlu dinyata walaupun yang mendengarnya hanya seorang. Jika tidak ada seorang pun yang mendengar, kebenaran tetap perlu dinyatakan.

“Kebenaran bukan monopoli majoriti atau minoriti atau yang tidak hilang deposit. Kalau itulah ukurannya, saya rasa kumpulan minoriti perlu diam dan menerima apa sahaja keputusan majoriti walaupun salah,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Sehubungan itu, Dr Mahathir kesal dengan pihak-pihak yang mahukan beliau berehat daripada politik dan berhenti menyuarakan pandangan tentang keadaan semasa kerana telah tewas dan hilang deposit semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Advertisements

“Saya agak hairan kenapa begitu beria-ia mahu saya tidak bersuara. Dulu dikata saya nyanyuk. Sekarang disuruh diam kerana hilang deposit.

“Bagi saya, selagi ada nyawa, apa yang tidak betul akan terus saya suarakan walau pahit untuk didengar oleh kumpulan yang tidak hilang deposit,” kata pemimpin yang paling lama menjadi Perdana Menteri dan satu-satunya yang menduduki jawatan itu sebanyak dua kali.

Dr Mahathir antara 369 calon kerusi Parlimen yang hilang wang deposit selepas memperoleh undi kurang satu perlapan daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira dalam PRU-15 lalu.

Beliau yang bertanding di Langkawi atas tiket Pejuang gagal mempertahankan kerusi tersebut untuk penggal kedua apabila hanya memperoleh 4,566 undi daripada keseluruhan 48,123 undi dalam pertandingan membabitkan lima penjuru.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan