32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Anwar tuntut Ahli Parlimen Pendang mohon maaf

Mesti Baca

DATUK Seri Anwar Ibrahim memfailkan notis tuntutan terhadap Datuk Awang Solahuddin Hashim, menuntut Ahli Parlimen Pendang itu supaya membuat permohonan maaf tanpa syarat berhubung kenyataan berbaur fitnah yang dikeluarkannya terhadap Perdana Menteri itu di lobi Parlimen, semalam.

Anwar, 75, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan memfailkan notis tuntutan itu menerusi Tetuan SN. Nair & Partners hari ini.

Menurut peguam Datuk SN Nair, jika pihaknya tidak menerima apa-apa maklum balas yang memuaskan daripada Awang Solahuddin dalam tempoh tiga hari daripada tarikh penerimaan notis, tindakan perundangan akan diteruskan terhadap Awang Solahuddin.

Berdasarkan notis tuntutan itu, pada 21 Februari lalu, Awang Solahuddin mengungkapkan atau membuat kenyataan kepada pemberita di lobi di luar Dewan Rakyat mengenai Perdana Menteri.

Nair berkata keseluruhan ungkapan atau kenyataan Awang Solahuddin dipetik dan diterbitkan menerusi artikel Malaysiakini bertajuk “MP PAS: Sikap pendendam Anwar lebih teruk daripada Mahathir” dan artikel Berita Harian bertajuk “Sikap pendendam Anwar lebih teruk daripada Tun M” pada tarikh sama (21 Februari).

“Anak guam kami menegaskan bahawa perkataan-perkataan memfitnah dalam artikel-artikel berkenaan adalah tidak benar dan didorong oleh niat jahat serta penyelewengan fakta yang menunjukkan ketidakwajaran di pihak anak guam kami dalam usaha untuk mencari publisiti murahan bagi meraih manfaat dan tujuan politik.

Baca juga:   PRN enam negeri uji ketahanan Anwar sebagai PM

“Ia juga dibuat untuk menggagalkan matlamat dan komitmen anak guam kami dalam mewujudkan tata kelola pentadbiran kerajaan yang baik dan telus serta mendukung aspirasi Malaysia Madani,” kata peguam itu.

Baca juga:   KPM perincikan data 'trend' bersara awal

Nair berkata anak guamnya menghormati dan mendukung keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang di bawah Rukun Negara dan kesemua badan-badan penyiasatan dan pendakwaan adalah bertindak secara bebas serta apa-apa cubaan untuk mencadangkan yang sebaliknya adalah tindakan melontarkan satu aspersi yang amat serius terhadap reputasi dan integriti anak guamnya secara persendirian dan dalam jawatannya sebagai Perdana Menteri.

“Anak guam kami juga konsisten dengan pendiriannya dalam membanteras korupsi dan menyokong kebebasan institusi penyiasatan dan pendakwaan dalam mewujudkan tata kelola yang baik dan telus,” katanya.

Menurut Nair, perkataan-perkataan memfitnah itu secara keseluruhannya antara lain membawa maksud bahawa Pengerusi Pakatan Harapan itu menyalah guna kuasanya selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta campur tangan dalam institusi penguatkuasa dan pendakwaan di Malaysia, tidak beretika selain seorang pendendam.

Beliau berkata Anwar tidak pernah campur tangan dalam bidang kuasa penyiasatan agensi-agensi penguat kuasa di Malaysia dan oleh itu, tidak mengamalkan apa-apa penyiasatan terpilih seperti yang dituduh secara melulu oleh Awang Solahuddin.

“Dakwaan itu direka oleh YB Awang Solahuddin secara langsung atau tidak langsung terhadap anak guam kami seperti yang terkandung dalam perkataan-perkataan memfitnah itu.

“Selain itu anak guam kami memohon penarikan balik perkataan memfitnah dan segala komen yang menyinggung perasaan dengan serta-merta selain permohonan maaf tanpa syarat, aku janji bertulis oleh YB Awang Solahuddin untuk tidak mengulangi perkataan memfitnah itu,” menurut peguam itu.

Baca juga:   Dua remaja parah, SUV dinaiki terbabas
Baca juga:   Hanya strategi Anwar naikkan nama, partinya - Shamsul Anuar

Berdasarkan notis tuntutan itu, Nair memaklumkan anak guamnya akan menuntut ganti rugi atas tindakan Awang Solahuddin.

Nair ketika dihubungi Bernama mengesahkan sudah menghantar notis tuntutan itu kepada Awang Solahuddin melalui kiriman pos dan e-mel.

BERNAMA

Wartawan

Terkini

Rayuan petisyen Parlimen Putrajaya, Gua Musang didengar 19 Jun

MAHKAMAH Persekutuan menetapkan tarikh 19 Jun bagi mendengar rayuan Barisan Nasional (BN) mengenai dua petisyen pilihan raya yang difail...

Lagi Artikel Berkaitan