33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Van Persie ramal Arsenal bakal juara EPL

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

ROBIN Van Persie melahirkan keyakinan Arsenal bakal merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) sekaligus menamatkan kemarau kejuaraan sejak 2004.

Kata bekas penyerang The Gunners itu, Arsenal memiliki kelebihan dan aura juara untuk mengatasi Manchester City dalam saingan liga yang hanya berbaki 10 perlawanan.

“Arsenal beraksi dengan sangat baik, mereka bermain secara tekal. Mereka menyajikan bola sepak yang sangat bagus yang menarik untuk ditonton.

“Mereka cukup bertenaga, bertahan dan bijak menyerang. Pada pendapat saya, mereka memang layak memenangi liga.

“Mereka telah membuktikannya tetapi perlawanan terakhir dalam saingan liga sentiasa sukar. Ia akan menjadi menarik untuk disaksikan perlumbaan untuk jadi juara ini tetapi pendapat peribadi saya, mereka akan mampu untuk bergelar juara.

“Sudah agak lama tetapi jika mereka juara, saya pasti tumpang gembira andai mereka memenanginya,” katanya seperti dilaporkan Goal.Com.

Van Persie yang pernah menyarung jersi Arsenal selama lapan musim meledak 132 gol sebelum melakukan perpindahan kontroversi ke Manchester United yang mencetuskan kemarahan penyokong The Gunners.

Di United, Van Persie berjaya memenangi trofi EPL dalam musim pertamanya bersama The Red Devils.

Arsenal kini berada pada tahap terbaik dengan kelebihan lapan mata ke atas Manchester City di tangga kedua dalam misi membawa trofi EPL kembali ke Stadium Emirates. – EDISI9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan