26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Individu zalimi kucing dijel 2 tahun, didenda RM50,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM50,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menzalimi kucing minggu lalu.

Tertuduh, Lim Chia Lin, 31 tahun berasal dari Dalat, Sarawak membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.

Lelaki iu didapati bersalah kerana menyebabkan kesengsaraan hingga kematian kucing-kucing di bawah jagaannya.

Tertuduh di dakwa di bawah Seksyen 29 (1)(d) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, kes tersebut telah diuruskan oleh Pegawai Penyiasat (IO) Inspektor Harun Kumar dan dibantu Pembantu Pegawai Penyiasat (AIO) Sarjan Saiful Redzuan Ishak dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah Polis Cheras.

“Kepantasan dua pegawai polis ini mengesan dan membuat pertuduhan kepada penjenayah haiwan ini amat dipuji selepas mengambil alih kes daripada Balai Polis Salak South yang tidak mengendahkan kes ini sebelumnya.

“Terima kaseh kepada pihak Polis Diraja Malaysia kerana menyelesaikan kes pembunuhan kucing yang sadis dan membahayakan ini dengan baik.

“Kes ini juga merupakan kes precedent atau kes pertama mengguna pakai Akta Kebajikan Haiwan 2015 oleh pihak PDRM sejak ianya diperkenalkan di negara ini.

“Tahniah dan syabas daripada seluruh warga Persatuan Haiwan Malaysia dan pencinta kucing seluruh negara,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Jumaat lalu media melaporkan penemuan puluhan rangka dan bangkai haiwan di dalam sebuah unit kediaman kondominium di Bandar Permaisuri, Cheras.

Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu hantaran berkongsikan penemuan mengejut itu termasuk daging binatang dipercayai kucing yang telah dikisar.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan