27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 26, 2023

Polis tahan penyewa rumah himpun rangka kucing

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang lelaki dipercayai penyewa sebuah kondominium di Bandar Permaisuri, Cheras, bagi membantu siasatan berhubung penemuan puluhan bangkai dipercayai kucing.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, individu berusia 31 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, semalam.

Menurutnya, suspek kini direman sehingga 28 Mac ini.

“Suspek adalah penyewa rumah berkenaan dan tangkapan dilakukan di Cheras. Kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan.

“Siasatan lanjut berhubung perkara itu sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata, kertas siasatan berhubung kejadian sudah dibuka dan identiti suspek masih dalam siasatan.

Jumaat lalu Edisi9 melaporkan penemuan puluhan rangka dan bangkai haiwan di dalam sebuah unit kediaman kondominium di Bandar Permaisuri, Cheras.

Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu hantaran berkongsikan penemuan mengejut itu termasuk daging binatang dipercayai kucing yang telah dikisar.

-EDISI9

Terkini

McDonald’s Malaysia tawar pengajian diploma kepada alumni program perantis

McDonald's Malaysia buat julung kalinya menawarkan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM Tahap 4) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM...

Lagi Artikel Berkaitan