29.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, February 13, 2025

Kos pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya RM300 juta

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan menanggung implikasi kewangan berjumlah RM300 juta untuk melaksanakan pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, menurut Perdana Menteri, kerajaan tetap konsisten untuk melaksanakan usaha pengasingan kuasa ini untuk memastikan proses pendakwaan dapat dijalankan dengan telus dan adil.

“Cadangan dalam kajian, ada cadangan memisahkan agak rumit dan mengambil masa. Pada prinsipnya, ramai setuju dipisahkan.

“Pada peringkat pelaksana kita teliti kesan implikasi kewangan dianggarkan lebih RM300 juta tambahan.

“Saya setuju ia bukan melibatkan pertimbangan utama kerana pertimbangan utama, memastikan proses pendakwaan lebih telus dan bebas,” katanya dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Chiew Choon Man (PH-Miri) yang meminta perkembangan usaha kerajaan dalam melaksanakan pengasingan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara.

Advertisements

Dalam pada itu, Anwar memaklumkan, ada pihak yang cuba berselindung dalam kes akaun luar pesisir melalui firma akaun dan perhubungan awam (PR) yang terdapat di negara luar seperti mana berlaku dalam pendedahan Kertas Pandora.

Katanya, tindakan ini merupakan cubaan untuk melindungi perbuatan mereka yang bertentangan dengan undang-undang.

“Soal dikaitkan Kertas Pandora dan Panama, memang semua terkait walaupun ada ratusan ditujukan kepada beberapa kes besar dahulu, seperti sedia maklum kes ini melibatkan orang berupaya, mempunyai dana besar dan mempunyai daya yang canggih.

“Kalau apa kita belajar apa berlaku Pandora dahulu, dia ada syarikat di Singapura, firma akauntan, firma PR yang cuba melindungi kerja yang dianggap bercanggah dengan undang-undang,” jelas Perdana Menteri.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan kerajaan sentiasa berusaha untuk melaksanakan pengasingan kuasa bagi meningkatkan integriti institusi perundangan negara.

Kara Azalina, pengasingan kuasa ini merupakan janji manifesto yang ditawarkan oleh Barisan Nasional dan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu. – EDISI9

Advertisements

Terkini

Raih dua anugerah: Denco yakin teroka pasaran antarabangsa

KUMPULAN Denco, pengeluar komponen automotif tempatan merancang untuk meneroka pasaran antarabangsa bagi mengukuhkan lagi kedudukannnya di rantau ini. Keyakinan itu...

Lagi Artikel Berkaitan