28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025

Peranti Siswa: 359,742 mahasiswa terima manfaat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Komunikasi dan Digital (KKD) telah mengaktifkan sebanyak 31 Pusat Pengagihan PerantiSiswa (PPPs) bagi mempercepat proses pengagihan peranti mulai 17 Februari lalu.

KKD dalam satu hantaran di Facebook menyatakan, hari ini lebih 900 pelajar dari pelbagai Institut pendidikan telah menerima PerantiSiswa.

“Inisiatif KKD untuk memperkasa literasi digital sebagai elemen pelengkap mendepani jurang digital seiring dengan usaha membina masyarakat bermaklumat serta berkemahiran,” katanya.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, pemberian tersebut diberikan selepas kementerian menerima 474,311 permohonan sejak program tersebut diperkenalkan pada April tahun lalu.

“Kami membuat saringan kepada semua permohonan ini kerana mahu pastikan hanya yang benar-benar layak sahaja yang menerima peranti ini.

“Secara keseluruhan, seramai 359,742 mahasiswa dan pelajar dalam kelompok keluarga B40 yang sudah menerima peranti ini dengan kos keseluruhan berjumlah RM450 juta.” katanya.

Advertisements

Beliau berjaya demikian pada Majlis Pengagihan Peranti Siswa serta merasmikan MyDIGITAL KKD di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, di Selangor, hari ini.

Beliau menambah, baki sebanyak 9,000 lagi akan diagihkan secepat mungkin

Ahmad Fahmi menjelaskan, KKD akan mempertimbangkan sama ada akan meneruskan pada masa hadapan atau tidak.

“Kami dalam proses meneliti permohonan tambahan, padangan atau mungkin maklum balas, kritikan dan sebagainya. Pada waktu ini, kami mahu selesaikan baki pengagihan, tiba masa kita akan buat pengumuman,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Hasil Aneka Jaringan rekod peningkatan 35.19 peratus

ANEKA Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan), pakar pembinaan bawah tanah dan asas, dengan mengumumkan peningkatan hasil sebanyak 35.19 peratus...

Lagi Artikel Berkaitan