24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Tak perlu isytihar darurat susulan banjir di Johor – PM

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN tidak akan mengisytiharkan sebarang darurat berhubung situasi bencana banjir yang berlaku di Johor ketika ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ujar beliau, pengisytiharan tersebut tidak perlu dilakukan kerana hujan dijangka berkurangan dalam tempoh beberapa hari akan datang.

“Keputusan kerajaan tidak isytihar darurat kerana hujan dijangka berkurangan dan di beberapa tempat sedikit surut. Di beberapa tempat yang mengambil banjir temenung pula, mungkin itu mengambil masa sedikit untuk surut.

“Namun tidak perlu darurat setakat ini dan keadaan banjir difahamkan mulai surut bermula hari ini,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan tinjauan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Tengah, di Segamat, Johor, hari ini.

Terdahulu, kerajaanbersetuju untuk memperuntukkan bantuan khas sejumlah RM50 juta selain sebanyak RM10 juta bantuan mangsa banjir kepada Johor disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi membeli barangan keperluan dan bantuan tambahan kepada penduduk terjejas banjir di negeri itu.

Advertisements

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, peruntukkan dari kerajaan itu diharap dapat meringankan beban mangsa banjir memandangkan banyak barang kediaman yang rosak akibat bencana itu.

Menurutnya, beliau telah menghubungi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk membantu mangsa banjir di Johor

“Saya juga telah hubungi semua GLC penting kerajaan Persekutuan termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk selesaikan masalah elekterik dengan kadar segera.

“Selain itu Yayasan Sime Darby menyediakan kit kesihatan kepada 1,500 keluarga dan menyalurkan dana tambahan RM20 juta untuk mangsa banjir di negeri ini,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan