24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Dividen KWSP perlu dibersihkan sebanyak 73 peratus

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DIVIDEN simpanan konvensional yang diperoleh dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang diumumkan semalam sebanyak 5.35 peratus perlu dibersihkan.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan sebanyak 73 peratus daripada dividen tersebut perlu dibersihkan bagi mereka yang inginkan pendapatan yang halal.

Terdahulu, Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam taklimat prestasi kewangan KWSP mengumumkan dividen sebanyak 5.35 peratus bagi simpanan konvensional dan 4.75 peratus untuk simpanan syariah bagi tahun 2022.

Amir Hamzah berkata, penurunan tersebut berikutan tahun kewangan 2022 mencatatkan pertumbuhan global yang lebih perlahan dan kadar inflasi tinggi sekali gus menyebabkan prestasi pasaran menurun serta menjejaskan penjanaan pendapatan KWSP.

Advertisements

Ia lebih rendah berbanding 2021, yang mana dividen bagi simpanan konvensional sebanyak 6.10 peratus dan 5.65 peratus untuk simpanan syariah.

Dapat dilihat jumlah kedua-dua simpanan itu berkurangan sebanyak 0.75 peratus dan 0.9 peratus.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan