34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pelakon disyaki tumbuk isteri dah kene tahan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PELAKON yang dipercayai menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, Selangor sudah ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki berusia 29 tahun terbabit ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Bagaimanapun menurutnya, pelakon itu dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama.

“Setakat ini, polis sudah mengambil keterangan mangsa, dua saksi dan suspek.

“Polis kemungkinan akan memanggil semula mangsa untuk diambil keterangan lanjut hari ini,” katanya hari ini.

Ujar Hussein, polis juga sudah mendapatkan laporan awal perubatan mangsa dan disahkan mangsa mengalami kecederaan di pipi.

Selain itu, menurutnya, polis akan mendapatkan perintah mahkamah sementara pada esok, bertujuan menghalang suami daripada melakukan perbuatan sama terhadap mangsa sementara siasatan dijalankan polis.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan