25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kerajaan setuju projek tebatan banjir di Johor disegerakan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN bersetuju untuk menyegerakan projek tebatan banjir di Johor sebelum Jun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, projek bernilai RM600 juta itu adalah bagi mengelak bencana banjir terus berulang.

Menurutnya, projek tersebut ditangguhkan sebelum ini bagi mengelak ketirisan dan proses urusan tender.

“Namun melihat keperluan yang cukup mendesak, kerajaan memutuskan ia harus disegerakan,” katanya selepas meninjau mangsa terjejas banjir di Daerah Segamat, hari ini.

Selepas membuat tinjauan di Daerah Segamat, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan tambahan RM50 juta untuk projek segera.

Advertisements

Bagi negeri Johor beliau mengumumkan peruntukan tambahan RM20 juta khas untuk rakyat Johor.

Dalam pada itu, Anwar dalam satu hantaran di Facebook berkata, beliau menziarahi mangsa-mangsa banjir bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Segamat yang terkesan ekoran bencana tersebut sejak beberapa hari lalu.

“Saya maklumkan Kerajaan akan menyegerakan projek tebatan bagi mengatasi masalah banjir yang telah melanda di beberapa negeri.

“Perkara ini tidak boleh dilengahkan dan harus ditangani dengan lebih serius supaya ia tidak berulang,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan