30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 20, 2024

Produksi Mentega Terbang akan kena tindakan – Fahmi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan terhadap produksi filem Mentega Terbang.

Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, saluran penstriman dalam talian yang menayangkan filem berkenaan sudah mengeluarkan Mentega Terbang daripada saluran

“Pihak Finas sedang menyiasat beberapa aspek lain (terhadap Mentega Terbang) sekiranya mereka ada buat kesalahan di bawah undang-undang badan ini.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), (Datuk Mohd. Na’im Mokhtar) pun telah memberi maklum balas mengenai filem itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Pengagihan PerantiSiswa serta merasmikan MyDIGITAL Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor, hari ini.

Ahmad Fadzil mendakwa filem tersebut sudah dikongsikan oleh pengguna media sosial sejak tahun 2021 dan bukannya baru-baru ini.

Advertisements

Justeru, beliau mempersoalkan mengapa kerajaan terdahulu tidak mengambil tindakan terhadap produksi Mentega Terbang sebelum ini.

“(Selain tayangan di saluran penstriman), terdapat beberapa pihak yang dilihat sengaja menularkan beberapa sedutan video filem itu, seolah-olah ada ‘udang di sebalik batu’.

“Apapun, kerajaan sekarang ini akan menyelesaikan isu ini yang tidak diselesaikan sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Fadzil mengingatkan kepada semua penerbit dan produksi filem supaya mengikut garis panduan pembuatan filem yang telah ditetapkan Finas dan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Akmal kekal luar Kabinet selagi UMNO belum dapat kepercayaan

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berpendirian untuk terus kekal berada di luar Kabinet selagi partinya belum mendapat kepercayaan...

Lagi Artikel Berkaitan