29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Polis Cari pemandu Alphard tular masuk lorong motosikal

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS sedang mengesan pemandu Toyota Alphard yang memandu di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan menghala Kuala Lumpur berhampiran pusat beli-belah Amcorp Mall, di Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan satu video berdurasi 25 saat menunjukkan kenderaan berkenaan menggunakan laluan motosikal yang tular menerusi WhatsApp pukul 10.30 malam tadi.

Menurutnya, satu laporan polis dibuat dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu.

“Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000 serta hilang kelayakan lesen selama tidak kurang lima tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Fakhrudin menyeru pemilik atau pemandu kenderaan serta saksi kejadian supaya tampil di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Advertisements

“Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya tidak melakukan tindakan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohd Hafeez Faesal A Aziz di talian 011-32311232 bagi membantu siasatan,” katanya.

Video tular itu dirakam seorang penunggang motosikal yang berada di lorong motosikal berkenaan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan