25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025

Amaran ribut petir, hujan berterusan hingga Selasa

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan di beberapa negeri sehingga Selasa.

MetMalaysia menerusi jadual ramalan cuaca di Facebook menunjukkan hujan berterusan hari ini di beberapa tempat di Pahang, Johor, Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Selain itu, cuaca sama dijangka berlaku pada sebelah petang di beberapa tempat di Perak dan Kelantan.

Ribut petir pula dijangka berlaku di satu dua tempat di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah, petang ini.

Advertisements

Hujan juga dijangka terus berlaku di beberapa tempat di Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah, sehingga Selasa ini.

Sementara itu, mangsa banjir di beberapa negeri terus meningkat setakat pagi ini dengan lebih 48,967 orang daripada 14,194 ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melaporkan, berdasarkan laporan oleh Sekretariat Pengurusan Bencana sebanyak 294 PPS aktif di lima negeri yang dilanda banjir dengan Selangor mucul sebagai negeri terbaharu terjejas.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Richiamo jalin kerjasama dengan De Xandra, Rico Rinaldi

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd mengumumkan kerjasama dengan pengeluar pewangi kenderaan, De Xandra serta pereka fesyen dan pengeluar pakaian terkenal...

Lagi Artikel Berkaitan