26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, February 14, 2025

Pengsan tanpa cedera nahas rupanya “lalok” 5 jenis dadah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TANDA tanya orang ramai berhubung kejadian tular dua lelaki tidak sedarkan diri selepas terbabit nahas terjawab apabila lelaki tersebut rupanya sedang ‘lalok” lima jenis dadah ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata,  kemalangan itu berlaku kira-kirapukul  12.30 tengah hari, Jumaat lalu yang membabitkan tiga kenderaan di Jalan Ipoh, Batu 5, menghala ke Batu Muda.

Menurutnya, anggota polis trafik yang tiba di lokasi kejadian mendapati pemandu dan penumpang Nissan Sentra dalam keadaan mencurigakan apabila kedua-duanya tidak sedarkan diri disebabkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Susulan itu, katanya, kedua-dua suspek lelaki berkenaan dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk menjalani ujian saringan air kencing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamin, ketamin, benzo (eramin 5), amphetamin dan ganja (THC). Kedua-dua suspek berkenaan ditahan dan disiasat oleh IPD Dang Wangi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, mengulas lanjut mengenai kemalangan itu, Eng Lai berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila pemandu Nissan Sentra iaitu seorang lelaki berusia 25 tahun terlelap ketika pemanduan.

“Ia menyebabkan kereta itu melanggar bahagian belakang lori Hino yang berada di hadapannya

Advertisements

Akibat perlanggaran itu, lori berkenaan bergerak ke hadapan dan melanggar bahagian belakang sebuah motosikal di lorong sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Eng Lai berkata, kemalangan itu menyebabkan penunggang motosikal terbabit terjatuh ke jalan.

Menurutnya, dalam kemalangan itu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan membabitkan pemandu dan penunggang kenderaan berusia 32 tahun terbabit.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 44 saat menunjukkan dua lelaki di dalam kereta Nissan Sentra berkenaan tidak sedarkan diri selepas kemalangan itu meskipun tidak mengalami sebarang kecederaan, tular di media sosial, semalam.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Peranan ELTC dipeluas tingkat penguasaan BI guru, murid

PERANAN Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan diperluaskan bagi meningkatkan penguasaai bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid sekolah. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan