26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Mangsa banjir cecah 48,967, Johor paling terjejas

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 48,967 mangsa banjir direkodkan di lima negeri membabitkan 14,194 keluarga yang berlindung di 294 pusat pemindahan sementara (PPS), pagi ini.

Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Johor mencatatkan bilangan mangsa banjir tertinggi membabitkan 44,860 orang (13,029 keluarga) yang ditempatkan di 260 PPS, setakat pukul 8 pagi, meningkat berbanding 42,704 orang (12,408 keluarga) pada jam 8 malam tadi.

Pahang menyusul dengan 2,978 mangsa banjir (874 keluarga) berlindung di 23 PPS, manakala Melaka merekodkan 471 orang (126 keluarga) di lima PPS sekitar Alor Gajah dan Jasin.

Selangor yang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir pula mencatat 71 mangsa banjir (17 keluarga) di dua PPS di Kuala Selangor dan Petaling.

Di Negeri Sembilan, Tampin yang terjejas banjir bagaimanapun merekodkan penurunan kepada 587 mangsa (148 keluarga) di empat PPS berbanding 653 orang (170 keluarga) semalam.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, lapan PPS baharu dibuka membabitkan tiga di Batu Pahat dan masing-masing sebuah di Tangkak, Segamat, Mersing, Muar dan Kluang

Menurutnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor, Batu Pahat merekodkan jumlah mangsa banjir paling ramai membabitkan 14,030 orang (4,084 keluarga) yang ditempatkan di 58 PPS.

Advertisements

“Segamat juga mencatat pertambahan mangsa banjir kepada 13,334 orang (3,897 keluarga) yang dipindahkan ke 77 PPS

“Begitu juga Kluang yang mana mangsa banjirnya kini meningkat kepada 5,296 orang (1,533 keluarga) di 41 PPS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Azmi berkata, jumlah mangsa banjir di Muar dan Tangkak juga terus meningkat dengan masing-masing merekodkan 4,055 orang (1,204 keluarga) di 24 PPS serta 3,007 orang (868 keluarga) di 25 PPS.

“Jumlah mangsa banjir di Mersing pula bertambah kepada 975 orang (292 keluarga) di enam PPS,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian dan Kulai mencatat penurunan bilangan mangsa banjir, setakat jam 8 pagi tadi.

Katanya, seramai 3,251 mangsa banjir (870 keluarga) berlindung di 20 PPS di Kota Tinggi; 514 mangsa (177 keluarga) di empat PPS Johor Bahru; 335 orang (89 keluarga) di empat PPS Pontian; dan 63 mangsa (15 keluarga) di sebuah PPS Kulai.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan