28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Conte angkat kaki tinggalkan Spurs

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENGURUS Tottenham Hotspurs, Antonio Conte angkat kaki meninggalkan kelab utara London itu menerusi ‘persetujuan bersama’

Ini susulan prestasi hambar dipamerkan skuad itu termasuk dalam perlawanan terakhir Conte yang menyaksikan Spurs terikat 3-3 dengan kelab bawahan liga, Southampton biarpun mendahului 3-1 dalam 13 minit pertama.

Conte dilantik sebagai pengurus kelab itu pada November 2021 menggantikan Nuno Espirito Santo dan jodohnya di Stadium Tottenham Hotspurs hanya setakat 16 bulan sahaja.

Sepanjang di ibu kota London, Conte merekodkan 41 kemenangan daripada 76 perlawanan.

Advertisements

Mauricio Pochettino, Steve Cooper, Roberto De Zerbi, Olivier Glasner dan Luis Enrique merupakan calon yang disenarai pendek namun bekas pengendali Bayern Munich yang baharu dipecat, Julian Nagelsmann adalah pilihan utama Spurs.

Pengurus berbangsa Itali itu mempunyai kontrak sehingga akhir musim ini namun dengan pemergian awal, Conte dijangka menerima pampasan sekitar RM21.7 juta termasuk untuk staf kejurulatihannya.

Cristian Stellini dilantik menguruskan kelab untuk sementara manakala jurulatih, Ryan Mason pula dilantik sebagai pembantu Stellini untuk tempoh singkat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sekat penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara – Zambry

SEKATAN terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka. Justeru,...

Lagi Artikel Berkaitan